Zaharah & Zainal - 11/12/2011 - Kg Brohol, Panchor


Assalamualaikum, Salam Sejahtera
Alhamdulillah Syukur kepada Tuhan atas rahmat yang diberikan-Nya. Walaupun cuaca pada setiap penghujung tahun sentiasa tidak menentu dan seringkali dibasahi hujan namun tidak menghalang kami untuk meluahkan karya fotografi buat pasangan pengantin kali ini iaitu Zaharah & Zainal Rashid.


Majlis yang berlangsung di Kampung Brohol Panchor Muar ini telah dishoot oleh jurufoto kami En.Aminur Rasyid dan En.Mohd Faiz dengan usaha yang tidak pernah jemu dalam mendapatkan gambar yang menarik hasil dari kepercayaan pasangan pengantin maka termuatlah memori majlis perkahwinan di web kami ini. Semoga usaha mereka sentiasa membuahkan hasil yang baik.


Pada kali ini outdoor dibuat di lokasi berhampiran sahaja. Dengan jasa baik abg bangla yang sudi meminjamkan basikalnya sebagai penyeri gambar menjadi pekara terlucu yang kami lalui pada hari itu. Masih terbayang muka abg bangla yang terpinga-pinga takala basikalnya ditahan menjadi bahan ketawa kami semua.Thanks ya abg bagla.hehehe


Semoga pasangan Pengantin Zaharah & Zainal Rashid akan kekal hingga ke akhir hayat dan melayari bahtera perkahwinan dengan bahagia.Amin...

No comments:

Post a Comment