Azlena & Ariff - September 25, 2011



Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Utk entry pagi ni kami muatkan sedikit foto istimewa klien AR iaitu Abg Shamsul Ariff & Kak Azlena Zanury yang berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad 24 & 25 September 2011. Abg Shamsul Ariff merupakan ADO ( Assistant District Officer ) daerah Ledang.
Majlis Pernikahan telah berlangsung dengan sempurna di Surau Kg. Jawa, Panchor disaksikan lebih dari 50 Saudara Mara, Rakan Taulan dan juga jiran tetangga.
Sesi Outdoor pula dilakukan di sekitar Jambatan Grisek yang mana menghubungkan Panchor dan juga Grisek..lokasi outdoor yang pertama ini dipilih kerana "naturality" atau nilai alam semulajadi yang banyak dan tumbuh meliar di kawasan tersebut.
Majlis Bertandang pula disempurnakan di perkarangan MANN CHALET di area Muar, Johor..dgn kedatangan VIP dan rakan-rakan. Sesi Outdoor pula dilakukan di sekitar Muar iaitu di Masjid, Perkarangan MANN CHALET, juga di bangunan Pejabat Daerah Muar.
Semoga Bersatunya Hati ini diredhai dan diRahmati Illahi hendaknya..dan semoga Abg Ariff dan Kak Leen dapat menikmati kebahagiaan alam perkahwinan hingga ke Syurga Hendaknya..Amin

Terima Kasih
Aminur Rasyid
www.arphotostream.com

Editor by
Masniza Mahmood

No comments:

Post a Comment