LEDANG LIGHTS GRAFITTY - by AR Studios


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada Malam Selasa 28/11/11 AR STUDIOS telah menganjurkan aktiviti utk semua peminat fotografi di Daerah Ledang. Program LEDANG LIGHTS GRAFITTY pada malam itu disertai oleh Lebih dari 12 orang peminat fotografi disekitar Daerah Ledang.

Program yang memilih lokasi di sekitar dataran Ledang itu bertujuan untuk memanfaatkan Lokasi Dataran Ledang yang bewarna-warni & bercahaya. Konsep SLOW SHUTTER digunakan untuk menghasilkan fotografi seperti ini.

Semoga dengan aktiviti yang sihat & menarik ini dapat menambahkan lagi peminat fotografi seluruh Ledang & meningkatkan kemahiran & berkongsi ilmu bersama-sama.

Dengan Aktiviti ini juga diharapkan semoga LEDANG PHOTOGRAPHY CLUB (LPC) >> http://www.facebook.com/groups/ledangphotography/ bertambah maju dengan pelbagai lagi aktiviti kemasyarakatan yang bermanfaat & menambah ilmu saling berkenal-kenalan kepada semua..InsyaAllah

Terima Kasih
Masniza Mahmood
editor
AR STUDIOS
www.arphotostream.com

BASIC PHOTOGRAPHY CLASSES 0 TO 1 29&30 November 2011



Kursus Asas Fotografi Digital
" BASIC PHOTOGRAPHY CLASSES 0 TO 1"

Tempoh : 2 Hari ( 29-30 November 2011 )
Masa : 9.00 pagi - 5.00 ptg
Tempat : Kolej Komuniti Ledang, Tangkak, Johor
Bahasa : Melayu
Jumlah Peserta : 15 orang sahaja utk 1 sesi
Syarat : Utk yg belum ada asas fotografi Kami juga mengalu-alukan peserta separa mahir.

Kandungan : 1. Pengenalan Fotografi / 2. Kawalan Asas Kamera / 3. Pratikal

"sedikit maklumat ttg kursus ini, sebelum ini telah dijalankan pada bulan april hingga Oktober dan mendapat sambutan hampir 220 org peserta, iaitu dari luar & juga pelajar, kursus yg sgt menarik kerana peralatan mengajar yg lengkap serta praktikal yg unik dilokasi menarik"

LOKASI PRAKTIKAL : TAMAN RAMA-RAMA, MELAKA

Bayaran : RM50 (utk 2 hari tersebut )
( sebahagian caj ditanggung kolej komuniti )
Makan Tengahari disediakan

Hubungi :EN. RASYID - 013 3759 442
Sila Bank-in 50% yuran deposit untuk pengesahan ( RM 20 )
sila simpan resit sebagai bukti.

Ke AKAUN MAYBANK - 151089314159 ( MOHD AMINUR RASID )
Sila SMS 0133759442 untuk maklumkan jika dah buat pembayaran.

BAYARAN BAKI : RM30 bayar di Kolej Nanti

setelah bayaran dibuat sila isi borang online disini>> http://arphotostream.blogspot.com/2011/08/borang-pendaftaran-kelas.html

Sila Tag kepada Rakan & Sesiapa yang berminat
Free to UnTag.

Terima Kasih..
http://arphotostream.com/

Activity - Business In Photography by AR


Event - Business In Photography by AR
Location - Library, UTHM, Parit Raja, Batu Pahat
Date - 22/10/2011

Salam Sejahtera Kepada Semua,
Business In Photography disampaikan oleh En.Aminur Rasyid kepada semua bakal graduan,peserta & peniaga yang dilaksanakan pada 22 Oktober 2011.
didalam ceramah ini, En.Aminur Rasyid menyampaikan sedikit sebanyak maklumat tentang perniagaan fotografi, bidang fotografi yang boleh diceburi, cabaran & visi masa akan datang bagi penggemar fotografi yang ingin menjadikan fotografi sebagai sebuah Kerjaya.

Semoga dengan input yang disampaikan memberi manfaat kepada semua 40 orang peserta..tahniah!

Masniza Mahmood
AR STUDIOS
www.arphotostream.com

Azrin & Azhar - 20.11.2011


Azrin & Azhar - 20.11.2011
Photographer - Aminur Rasyid
Second Photographer - Faiz M Noor
www.arphotostream.com

Assalamualaikum..Salam Sejahtera kepada semua pelawat blog arphotostream.com ini
entry minggu ini adalah utk tarikh 20112011 yang mana utk pengantin tempatan dari Ledang ini iaitu pasangan Azrin & Azhar.

Azrin memang berasal dari Tangkak, manakala Azhar berasal dari Batu Pahat.
Majlis nikah selamat diijabkabulkan pada sabtu 19.11.2011 dan majlis persandingan pada 20.11.2011, manakala sesi outdoor yang sangat istimewa dibuat di Bandar Hilir, Melaka kerana lokasi tumpuan pelancong yang menarik, ringkas, moden dan menyeronokkan.

Tahniah kepada pasangan Azrin & Azhar, moga bahagia buat selama-lamanya.
moga cepat2 dapat baby yer..

Terima kasih kerana mendapatkan perkhidmatan dari AR STUDIOS, terima kasih kerana sokongan anda kepada jurugambar tempatan dari Ledang seperti kami..

Terima Kasih sekali lagi..
Bye..

Masniza Mahmood
Editor
ARphotostream.com
www.arphotostream.com

Video > SATU - Nurul & Anep



Nurul & Anep - 3/7/2011
Videographer by - Aminur Rasyid ( 013-3759442 )
Other PhotoG - Ezy Zainal & Faiz M Noor
Edited by - AR PRODUCTION

www.arphotostream.com

video > atas nama cinta - aisya & taufik




Aishah & Taufik - September 18, 2011
Videographer - AR & Fareed Zain
Editing by - AR PRODUCTION
www.arphotostream.com

Event - Pelan Induk PSH 2011-2020


Event - Pelan Induk PSH 2011-2020

Assalamualaikum,
Terima Kasih kpd semua yg melawat blog ARphotostream.com
Event ini berlangsung pada 14/11/2011

berlangsung di Sri Pacific Hotel KL dan dianjurkan oleh OPEN UNIVERSITY, Perasmian PELAN INDUK PSH 2011-2020 adalah titik permulaan pembudayaan pembelajaran Sepanjang Hayat yang diwujudkan bagi menarik minat peserta tidak kira umur, bangsa, bekerja, sibuk dan sebagainya.

PSH yang dilancarkan adalah sebahagian program teras tranformasi kerajaan ke arah pembudayaan pendidikan seluruh negara tidak kira tua atau muda, anda boleh sambung belajar, meningkatkan kemahiran dengan ilmu pengetahuan dan menambah kualiti & kemahiran rakyat di Malaysia

Panel jemputan yang dipanggil khas dari Universiti, Kolej Swasta, Kerajaan mahupun Kolej Komuniti berkumpul berbincang akan modul & pembelajaran yang akan digunapakai.

Terima Kasih dan semoga program pendidikan yang bermula dari Persekolahan, Tertari & PSH dapat meningkatkan lagi kualiti rakyat Malaysia dalam memacu Kemajuan Negara, InsyaAllah

Editor
Masniza Mahmood
www.arphotostream.com